26 hospital dipilih kendali kes koronavirus

Iklan
Hospital Sungai Buloh di Selangor antara 26 hospital yang mengendalikan kes-kes yang disyaki dan sahih bagi koronavirus.

KUALA LUMPUR - Kementerian kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan senarai 26 hospital di seluruh negara yang akan berfungsi sebagai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan sahih bagi koronavirus.

Infografik yang dikeluarkan KKM menunjukkan daripada jumlah itu 15 hospital terdapat di Semenanjung, enam di Sabah, empat di Sarawak dan satu di Labuan.

Iklan
Iklan

Hospital-hospital yang terlibat di pantai barat Semenanjung adalah Hospital Tengku Fauziah di Kangar Perlis, Hospital Pulau Pinang (Georgetown), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar) dan Hospital Langkawi (Padang Matsirat) di Kedah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (Ipoh, Perak), Hospital Sungai Buloh (Selangor), Hospital Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan), Hospital Tuanku Ja'afar (Seremban, Negeri Sembilan), Hospital Melaka dan Hospital Sultanah Aminah (Johor Bahru).

Di pantai timur, di Kelantan mereka dengan tanda-tanda penyakit koronavirus akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bharu), Hospital Kuala Krai dan Hospital Tumpat; di Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah (Kuala Terengganu) dan di Pahang Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan).

Iklan

Di Sabah pula hospital yang terlibat adalah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (Kota Kinabalu), Hospital Dutches of Kent (Sandakan), Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau.

Selain itu, Hospital Wilayah Persekutuan Labuan juga turut dijadikan hospital rujukan bagi jangkitan virus itu.

Iklan

Di Sarawak, Hospital Umum Sarawak (Kuching), Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu dipilih mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan sahih bagi koronavirus.

Jangkitan koronavirus di seluruh negara terkawal dengan hanya empat warga China disahkan positif bagi jangkitan itu sehingga pagi ini. - Bernama