Nims perkenal produk baharu Crispy Choco Kunafa

Iklan
Produk Crispy Choco Kunafa boleh didapati di SinarPlus MakanFest sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024.

SHAH ALAM - Produk Nims Adeliciousz Sdn Bhd (Nims) mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengunjung selepas memperkenalkan menu baharu iaitu Crispy Choco Kunafa sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, menu istimewa itu boleh didapati di SinarPlus MakanFest dengan harga RM4 bagi saiz kecil manakala saiz besar RM7.50.

Iklan
Iklan

Menurut penaja bersama Karnival Rakyat Karangkraf 2024 itu, inovasi tersebut ialah gabungan Crispy Chocolate dan Crispy Choco Tub.

Tengku Norhanim

"Alhamdulillah sambutan pada hari pertama cukup meriah dengan kehadiran tetamu yang ramai dan mereka turut membeli pelbagai produk daripada Nims serta mencuba produk baru kita Crispy Choco Kunafa.

Iklan

"Kunafa kita sangat istimewa. Terdapat tiga lapisan di mana bahagian bawahnya kita letakkan kunafa, lapisan tengah ialah aiskrim dan lapisan atas pula Crispy Chocolate. Menu ini merupakan hasil ciptaan daripada pasukan Nims.

"Produk ini ada dua saiz iaitu saiz kecil dan besar. Bagi saiz kecil RM4 manakala saiz besar pula RM7.50 dan untuk jualan hari ini ada dua perasa utama iaitu red velvet serta dark chocolate,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Kedai Jajan Nims menawarkan harga serendah RM3 kepada pengunjung yang hadir.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Tengku Norhanim, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai produk serendah RM3 di Kedai Jajan Nims di dataran utama Karangkraf.

Ujarnya, bagi tub bersaiz besar dijual dengan harga RM10 manakala saiz kecil RM6 dan tawaran istimewa itu hanya dinikmati oleh pengunjung yang hadir ke Karnival Rakyat Karangkraf 2024.

Tambah beliau, mereka yang membeli dengan harga lebih RM30 berpeluang memasuki cabutan bertuah dan memenangi hadiah bernilai RM10,000.

"Orang ramai boleh dapatkan pelbagai produk Nims dengan harga serendah RM3 sahaja.

"Jika di luar kita jual Choco Tub bersaiz besar itu dengan harga RM15 hingga RM16, kecil pula RM6.90 dan promosi ini hanya boleh didapati di Karnival Rakyat Karangkraf 2024.

"Pengunjung yang berbelanja lebih RM30 berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 dan kita turut sediakan pelbagai hadiah kepada pengunjung yang bertuah,” ulasnya.

Dalam pada itu, Tengku Norhanim berkata, orang ramai yang berkunjung ke reruai Nims juga berpeluang untuk merasai pengalaman permainan tradisional zaman dahulu.

Pengunjung mencuba permainan Telur Kejutan di reruai Nims sempena program Karnival Rakyat Karangkraf 2024.

Menurutnya, pengunjung perlu membeli produk Nims serendah RM3 dan mendapatkan kupon untuk bermain.

"Antara permainan yang kita sediakan ialah Roda Rakyat, Tikam-Tikam, Tuju Belon, 10 Tin dan Bola Kejutan.

"Pengunjung perlu membeli produk Nims dengan harga RM3. Permainan ini kita sediakan bagi mengimbau kenangan masa kecil sambil meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 bakal membawa kelainan apabila mengembalikan nostalgia zaman dahulu menerusi tema tradisional dan kerakyatan membabitkan dua komponen utama iaitu sukan rakyat serta pentas rakyat.

Program itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini yang mana penganjurannya adalah bersempena ulang tahun Sinar Harian yang ke-18.