Pertandingan Kemahiran Dunia 2024

Iklan
Muhammad Habibullah Yusuf (tengah) bersama rakan-rakan daripada pelbagai negara ketika menyertai pertandingan World Skills.

Tidak pernah terlintas di fikiran Muhammad Habibullah Mohd Yusuff yang dia akan"terbang" ke pelbagai negara bagi menunjukkan kemahirannya dalam mencipta sistem untuk alat penyaman udara - satu bidang yang pada awalnya tidak diminati.

Namun, bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sejak dua tahun lalu, anak muda berusia 24 tahun ini sibuk mewakili negara ke pelbagai pertandingan kemahiran, dan September ini dia akan mempamerkan bakatnya pada Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2024 di Lyon, Perancis.