Wang peninggalan suami RM249,700 lesap diperdaya 'scammer'

Iklan
Seorang warga emas tidak lena tidur apabila wang peninggalan suaminya berjumlah RM249,7000 lesap, akibat terpedaya dengan helah daripada dua individu melalui panggilan telefon. Foto Bernama

MUAR - Seorang warga emas tidak lena tidur apabila wang peninggalan suaminya berjumlah RM249,700 lesap, akibat terpedaya dengan helah daripada dua individu melalui panggilan telefon, Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azma Aziz, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 20 Julai lalu apabila wanita warga emas berusia 64 tahun itu telah menerima panggilan daripada individu yang kononnya wakil dari Jabatan Komunikasi dan Digital Putrajaya dan mengatakan nombor telefonnya terbabit dengan pelbagai kegiatan haram di utara Semenanjung.

Iklan
Iklan

Katanya, individu berkenaan kemudiannya menyambungkan panggilan tersebut kepada ‘pegawai polis’ berpangkat inspektor yang kemudiannya diminta memberikan butiran perbankan termasuk butiran peribadi miliknya.

"Oleh kerana takut dan bimbang wang dalam akaun miiknya disita, mangsa telah mengikut kesemua arahan suspek dengan memasukkan kesemua wang miliknya ke lima akaun berbeza menerusi 47 transaksi.

Iklan

"Pada 25 Julai mangsa sekali lagi diminta memasukkan RM10,000 bagi tujuan ‘penyelesaian kes,’ bagaimanapun, kali ini mangsa enggan berbuat demikian dan mula berasa dirinya telah tertipu lalu membuat laporan polis,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Iklan

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun, sebatan dan denda.