Derik telaga minyak pertama di Malaysia

Iklan
Monumen"The Grand Old Lady" setinggi kira-kira 30 meter (m), ialah derik telaga minyak yang pertama di Malaysia yang terletak di bandar raya Miri, yang akan menjadi salah sebuah tempat yang bakal menyaksikan enam jenis sukan dipertandingkan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bulan depan.

Monumen itu ialah derik telaga minyak yang pertama di Malaysia digerudi dengan menggunakan peralatan kabel dan telah menghasilkan 660,000 tong minyak selama beroperasi lebih enam dekad.

Sebanyak enam sukan dipertandingan di Miri iaitu pelayaran, ragbi, pencak silat, karate, sofbol, lawan pedang yang melibatkan keseluruhan tujuh venue antaranya Marina Bay, Stadium Terbuka Miri, Stadium Bandaraya Miri, Eastwood Valley Golf & Country Club dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.