Sarah Suhairi pilih pensyarah UTM

Iklan
Sarah selamat bergelar isteri kepada seorang pensyarah.

PENYANYI Sarah Suhairi, 24, berkongsi khabar gembira pada Jumaat apabila sah bergelar isteri kepada seorang pensyarah, Aswad Anuar, 39, pada 8.30 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Ahmad Khaliq Md Rasiq di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

Iklan
Iklan

Pengantin lelaki menyerahkan seutas gelang emas berharga RM2,486 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran manakala wang hantaran pula dirahsiakan. Manakala Sarah menyerahkan tujuh dulang hantaran sebagai balasan.

Melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sah itu berterima kasih kepada keluarganya keluarga dan keluarga baharunya yang merestui perhubungan mereka.

Iklan

"Bersyukur ke hadrat Illahi di hari yang penuh barakah ini, sukacita saya ingin mengumumkan telah pun selamat diijab kabul sebagai suami isteri yang sah. Tiada satu pun kata-kata dapat mengungkap perasaan ini melainkan rasa syukur.

Tidak hanya bergelar isteri, Sarah juga secara rasmi menjadi ibu kepada tiga orang anak Aswad, hasil perkahwinan terdahulu.

"Terlebih dahulu terima kasih kepada ibunda dan ayahanda tercinta yang selama ini mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepada Sarah, dan selamanya Sarah terhutang budi dan akan membalas jasa kalian berdua.

Iklan

"Untuk seluruh ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana sentiasa bersama Sarah, tiada satu permata dapat menggantikan betapa bernilainya hubungan kita sehingga ke hari ini.

"Untuk keluarga baru Sarah, terima kasih kerana menerima kehadiran Sarah dengan tangan yang terbuka dan penuh kehangatan. Sarah sangat bersyukur dan gembira untuk menjadi sebahagian dari keluarga kalian,” katanya.

Menerusi temu bual bersama media, Sarah memaklumkan mengenali suaminya yang merupakan seorang pensyarah dalam bidang equestrian dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara.

Malah Sarah juga sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada tiga orang anak Aswad daripada perkahwinan terdahulu.

Pada majlis pernikahan itu Sarah juga meluncurkan single terbaru berjudul With You yang turut menampilkan Aswad dalam muzik videonya.

"Buat semua peminat yang saya hargai dan kasihi, terima kasih menjadi suara dan juga ibarat keluarga dalam menyusuri dunia seni. Terimalah With You sebagai hadiah daripada saya buat semua para peminat," akhirinya.