Brazil lapor kematian pertama di dunia akibat demam Oropouche

Iklan
Gambar hiasan

RIO DE JANEIRO - Brazil mengesahkan kematian pertama di dunia akibat demam Oropouche, kata Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan dua wanita berusia di bawah 30 tahun yang tinggal di negeri Bahia menjadi korban pertama penyakit virus berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pesakit mempunyai tanda dan gejala yang serupa dengan demam denggi yang teruk.

"Sehingga kini, tiada laporan dalam kesusasteraan saintifik dunia mengenai kejadian kematian akibat penyakit ini," katanya.

Iklan

Pihak berkuasa sedang menyiasat satu lagi kematian yang disyaki akibat demam Oropouche di negeri Santa Catarina serta enam kes kemungkinan penularan secara vertikal (dari ibu ke anak) yang menyebabkan dua kematian janin.

Menurut Wikipedia, demam Oropouche ialah jangkitan virus tropika yang disebarkan melalui sera pengigit dan nyamuk daripada darah sloth kepada manusia.

Iklan

Demam Oropouche pertama kali dikesan di Brazil dalam seekor sloth pada 1960.

Sejak itu, kes lain telah direkodkan, terutamanya di rantau Amazon dan negara Amerika Latin.

Menurut kementerian itu, Brazil telah merekodkan 7,236 kes setakat tahun ini. - Bernama- Xinhua