Town Hall Rakyat: Armizan tiba di Studio My #QuranTime

Iklan
Armizan tiba di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf bagi menyertai Town Hall Rakyat pada Jumaat.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali tiba di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf bagi menyertai Town Hall Rakyat pada Jumaat.

Beliau yang tiba pada jam 3 petang itu dilihat berpakaian batik lengan panjang bewarna biru muda diriingi bersama pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Iklan
Iklan

Program Town Hall Rakyat bersama Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu turut bersiaran secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Iklan

Sebelum ini, program tersebut menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Iklan

Dalam pada itu, acara Town Hall kali ini juga seiring dengan penganjuran Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 bakal membawa kelainan apabila mengembalikan nostalgia zaman dahulu menerusi tema tradisional dan kerakyatan membabitkan dua komponen utama iaitu sukan rakyat serta pentas rakyat.

Program itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini yang mana penganjurannya adalah bersempena ulang tahun Sinar Harian yang ke-18.