Ketangkasan penguatkuasaan jadi fokus KPDN - Armizan

Iklan
Armizan pada program Town Hall Rakyat sempena Karnival Rakyat Karangkraf di Kumpulan Karangkraf pada Jumaat. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketangkasan penguatkuasaan menjadi salah satu daripada empat hala tuju yang diberikan tumpuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menangani isu kos sara hidup.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tiga lagi fokus ialah pemacu ekonomi domestik, daya upaya pengguna dan peranan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol).

Iklan
Iklan

Katanya, akronim kesemua empat hala tuju berkenaan juga adalah KPDN.

"Itu empat teras fokus yang kita letak bagi 2024 kerana kementerian bertanggungjawab untuk mewujudkan perdaganga dalam negeri yang sihat dan mampan, kita juga bertanggungjawab terhadp isu hak dan kepentingan pengguna serta kos sara hidup

Iklan

"Tetapi dalam kita melaksanakan ketiga-tiga fungsi itu, aspek ketangkasan penguatkuasaan adalah penting. KPDN unik bukan hanya sebab jadi kementerian yang ada elemen ekonomi tetapi juga ada aspek kepenggunaan.

"Jadi peranan itu digabungjalinkan peranan menjadi satu amanah. Walaupun kementerian kita tidaklah sebesar mana hanya ada tiga agensi namun tanggung jawab cukup besar selain menjadi kementerian yang amat dekat dengan rakyat," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada program Town Hall Rakyat Bersama Armizan Mohd Ali yang dihoskan pengacara popular, Fikry Ibrahim sempena Karnival Rakyat Karangkraf di Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, cabaran KPDN menjadi semakin besar apabila Kerajaan Madani meletakkan kos sara hidup sebagai nama kementerian tersebut.

"Dengan itu harapan daripada rakyat juga meningkat. Saya pernah bertanya kenapa kos sara hidup terpilih, jawapan yang diterima adalah sebab kita tidak boleh lari berhadapan dengan fokus itu.

"Hakikatnya kita tahu kos sara hidup bukan unik (khas) bagi Malaysia tetapi kita tahu ia isu global,"ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Papar berkenaan mengakui tidak pernah menjangkakan beliau akan dipilih menerajui KPDN menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

"Saya tidak pernah jangka kerana saya juga baharu jadi ahli Parlimen penggal pertama. Tapi saya wakil tunggal Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Kabinet," katanya.