Subsidi diesel: Persepsi rakyat tersasar, tidak tepat

Iklan
Armizan pada program Town Hall Rakyat sempena Karnival Rakyat Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Persepsi orang ramai bahawa kerajaan memansuhkan subsidi diesel perlu diperbetulkan ekoran ia sama sekali tidak tepat dan tersasar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan, subsidi tersebut disasarkan semula bagi menangani isu ketirisan yang berlaku sekian lama sejak pendekatan subsidi pukal diguna pakai.

Iklan
Iklan

"Perlu dijelaskan apa asas dan rasional kepada agenda penyasaran subsidi. Ia adalah bantuan intervensi dari kerajaan untuk membantu golongan memerlukan.

"Sejak pembentukan kerajaan Madani dan menerusi beberapa siri pertemuan (bersama pihak terlibat), keputusan itu hadir bersama jaminan perlindungan sosial kepada rakyat.

Iklan

"Subsidi diesel kini disalurkan secara bersasar melalui dua kaedah, membabitkan subsidi harga runcit di stesyen minyak kepada 33 jenis pengangkutan awam dan barangan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubdisi (SKDS)," katanya dalam program Town Hall Rakyat sempena Karnival Rakyat Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Perutusan Negara baru-baru ini memaklumkan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel membabitkan pengguna di Semenanjung Malaysia yang dianggar membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.

Iklan

Bagi membendung kenaikan drastik harga barangan dan perkhidmatan di Semenanjung, Anwar dilapor berkata, kerajaan akan menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel.

Dalam pada itu Armizan memaklumkan, kerajaan sedia menimbang kes-kes khas bagi sektor pengangkutan tertentu dalam pelaksanaan SKDS pada masa akan datang.

Malah jelasnya, kerajaan tidak menafikan risiko kesan rantaian yang berlaku dengan pelaksanaan penyasaran subsidi berkenaan.

''Boleh dilihat ketika pemulaan (penyasaran subsidi), hanya 10 jenis pengangkutan awam dan sembilan jenis pengangkutan barangan diberi SKDS.

''Sejak Mei tahun lalu, kita melihat ini kemungkinan kesan rantaian yang berlaku, peningkatan harga barangan. Oleh sebab itu, kerajaan setuju menambah 23 jenis pengangkutan dalam SKDS,'' ujarnya.