Wanita sesak nafas, 12 individu terselamat hostel terbakar

Iklan
Kebakaran sebuah hostel di di Bandar Puchong Jaya, pada Jumaat.

PUCHONG - Seorang wanita mengalami sesak nafas, manakala 12 individu lain terselamat susulan kebakaran di sebuah hostel yang dijadikan sebagai bilik sewa di Bandar Puchong Jaya, di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 2 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi pihaknya mendapati kebakaran sebuah hostel di tingkat tiga sebuah bangunan yang musnah 100 peratus," katanya dalam satu dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, seorang wanita berusia 36 tahun yang mengalami sesak nafas dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

"Sebanyak dua buah kereta jenis Toyota Prius dan Mercedes mengalami kerosakan pada cat dan badan kenderaan sebanyak lima peratus akibat kebakaran itu," katanya.

Iklan

Ahmad Mukhlis berkata, anggota dan pegawai dari BBP Subang dan Sungai Penchala turut membantu memadamkan kebakaran dan penyelamat.

"Kita memastikan api padam sepenuhnya dan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran merebak," katanya.