Tukang cuci, kakitangan hospital digelar 'The Unsung Hero'

Iklan
Perkongsian Faris Mahadi tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR - 'The Unsung Hero' atau wira tak didendang. Itu gelaran diberikan netizen kepada pekerja pembersihan termasuk warga kerja di Hospital Sungai Buloh apabila berdepan dengan wabak koronavirus.

Bukan mudah untuk mereka berada pada situasi getir, namun demi amanah yang dipikul dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan, ia membuatkan rakyat mendoakan keselamatan mereka.

Iklan
Iklan

"Berdoalah untuk ayah saya dan semua kakitangan pembersihan di Hospital Sungai Buloh, Selangor daripada jangkitan koronavirus.

"Siapa kata yang kerja cleaner (tukang cuci) ini mudah, masa kena macam ni sangat mencabar bagi mereka," luah seorang anak dan berharap bapanya yang juga kakitangan hospital berkenaan sentiasa dilindungi daripada wabak tersebut.

Iklan

Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas Faris Mahadi memuat naik hantaran di Twitter miliknya.

Faris juga memuat naik empat foto memaparkan seorang lelaki sedang membersihkan perkakas di dalam ambulans selain persekitaran hospital agar benar-benar bersih daripada wabak tersebut.

Iklan

"The another unsung hero, harus diberikan pujian dan sokongan moral kepada mereka kerana menjadi barisan hadapan dalam situasi ni. Terbaik," ujar Azman_fikry.

Kata Mas Joe,"Pekerjaan yang sangat berisiko, bukan hanya untuk diri sendiri tapi juga untuk keluarganya yang sedang menanti di rumah. Semoga ALLAH berikan kemudahan dan keselamatan buat semua."

Dalam pada itu, Badrul juga mendoakan agar semua kakitangan hospital tersebut sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT.

"Ya saya doakan supaya ayah awak kerja sebagai tukang cuci, staf hospital dilindungi oleh ALLAH SWT dari penyakit yang berlaku sekarang. Ya mereka cari rezeki ALLAH sebagai 'cleaner' adalah insan terpilih kerana menyelenggarakan kebersihan hospital adalah kerja yang mulia," katanya.

Perkongsian tersebut meraih lebih 32,600 ulang kongsi dan 34,400 tanda suka daripada netizen.