KDA FC kempunan kutip tiga mata

Iklan
Pemain pertahanan KDA FC,Mohd Akmal Md Zahir (kiri) melakukan asakan terhadap pemain pasukan Kuching City FC, Jordan Mintah pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat. Foto Bernama

JARINGAN lewat Kuching City melalui sepakan penalti Jordan Mintah pada hujung perlawanan menyaksikan kelab itu mengikat Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-1 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.

Penalti tersebut dibenarkan pengadil perlawanan selepas pertahanan tuan rumah, Irfan Zakaria menjatuhkan Kipre Tcheche dalam kotak penalti hasil pemeriksaan dengan bantuan video penalti pengadil (VAR)

Iklan
Iklan

Jaringan Mintah itu yang dijaringkan pada minit ke-93 berjaya menyamakan kedudukan yang diperolehi oleh tuan rumah menerusi Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-60.

Pemain KDA FC,Mohamad Hasbullah (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya ketika menentang pasukan Kuching City FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat. Foto Bernama

Pada perlawanan tersebut, Sang Kenari bimbingan Nafuzi Zain dilihat bersemangat turun dengan jersi baharu yang dilancarkan pada malam Khamis untuk memburu tiga mata penuh di laman sendiri.

Iklan

Namun skuad Kuching City bimbingan Aidil Sharin Sahak berjaya menyerap setiap serangan yang dilakukan oleh Sang Kenari yang dibarisi Syafiq Ahmad, Sony Norde, Milos Gorlic dan Ebenezer Assifuah.

Keputusan tersebut menyaksikan KDA FC kini berada di tangga kelima Liga Super dengan tujuh mata dan Kuching City di tangga keenam juga dengan tujuh mata selepas enam perlawanan.

Iklan