Gangguan IT global cetus kacau-bilau

Iklan
Pelancong melihat jadual penerbangan yang terkesan akibat kemas kini perisian CrowdStrike di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta. - AFP

PARIS - Kacau-bilau berlaku di seluruh dunia pada Jumaat lalu berikutan gangguan sistem komputer yang dikaitkan dengan kemas kini program antivirus akhirnya terjawab apabila firma keselamatan siber Amerika Syarikat (AS), CrowdStrike menjelaskan ia berpunca daripada kecacatan dalam perisian ujian mereka.

Kemas kini tersebut menyebabkan gangguan yang dikenali sebagai Blue Screen of Death (BSOD), menghalang komputer daripada dimulakan dengan betul dan menyebabkan kitaran pemulihan berterusan.

Sebuah pesawat dari syarikat penerbangan Delta Airlines terkandas di landasan sejurus gangguan IT melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta. - AFP

Iklan
Iklan

Gangguan ini telah memberi kesan kepada pelbagai sektor seperti penerbangan, kereta api, peruncitan dan perbankan.

Sebelum ini, desas-desus bahawa gangguan ini turut mengaitkan komplot elit global dalam serangan siber, selain mendakwa dunia di ambang Perang Dunia Ketiga telah mencetuskan pelbagai konspirasi oleh pemain teknologi maklumat (IT).

Seorang pekerja teknikal sedang memeriksa skrin yang dipaparkan di Terminal 2, di Lapangan Terbang Los Angeles. - AFP

Iklan

Namun, firma yang bertanggungjawab tampil dalam satu laporan bahawa kecacatan dalam perisian ant-virus yang dinamakan Falcon Sensor telah menyebabkan jutaan komputer menggunakan perisian Window terjejas dan mereka telah mengubah cara mengendalikan kemas kini pada masa akan datang.

"Disebabkan pepijat (bug) dalam pengesah kandungan, salah satu daripada dua kemas kini telah meluluskan pengesahan walaupun mengandungi kandungan data bermasalah," kata CrowdStrike.

Firma keselamatan siber CrowdStrike yang berpangkalan di Amerika Syarikat menjadi punca kacau bilau IT di seluruh dunia. - AFP

Iklan

Sebelum ini, perisian Falcon Sensor digunakan oleh perniagaan di seluruh dunia bagi mengenal pasti dan mengendalikan perisian hasad atau malware dan pelanggaran keselamatan dengan lebih baik.

Namun, jenis kemas kini yang menyebabkan gangguan IT akan dikeluarkan secara besar-besaran agar masalah sama tidak berlaku lagi.

Seorang lelaki memegang telefon pintar yang memaparkan masalah teknikal berlaku dalam laman web syarikat penerbangan tambang murah Kuwait, Jazeera. - AFP

Pada Isnin, CrowdStrike berkata, kira-kira 8.5 juta peranti telah terjejas akibat gangguan itu dan memberi amaran kepada pelanggannya bahawa segelintir individu 'berniat jahat' cuba mengambil kesempatan atas isu ini.

Syarikat itu berkata pada hari Selasa bahawa ia hanya menjangkakan kembali sepenuhnya kepada normal pada hari Khamis.

Pelanggan sedang berbaris menunggu pengesahan jadual penerbangan yang terjejas akibat gangguan IT di Lapangan Terbang Los Angeles. - AFP

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CrowdStrike, George Kurtz telah dipanggil oleh Kongres AS untuk menjelaskan kejadian itu. - Agensi