PENGENDALI Selangor FC, Nidzam Jamil mahu pemain-pemain The Red Giants kembali melakar kemenangan apabila melayan kunjungan Penang FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu.
Malah tegas Nidzam keputusan positif di laman sendiri itu juga penting sebagai tanda penghargaan kepada penyokong-penyokong setia Red Giants yang sentiasa berada di belakang pasukan tersebut selama ini.
Iklan
Iklan
"Sejujurnya, apabila tewas kepada Kuala Lumpur sememangnya menjejaskan tumpuan pasukan, tetapi inilah bola sepak yang kita jangkakan juga dan seharusnya tidak lagi berulang lagi.
"Kita bebas kecederaan dan penggantungan untuk perlawanan berdepan Penang FC, jadi kita akan turunkan kesebelasan terbaik pada malam esok (hari ini)dengan satu matlamat iaitu kemenangan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.
Aksi terakhir liga sebelum ini anak buah Nidzam mencatat kekalahan apabila tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur City FC dalam Derbi Lembah Klang Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu.
Sebagai rekod, Selangor selepas mengharungi lima perlawanan mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan, dua tewas juga berdepan defisit satu gol untuk aksi timbal balik separuh akhir kedua Piala FA di Petaling Jaya pada 3 Ogos selepas tewas 2-3 kepada Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, 19 Julai lalu.
Artikel Berkaitan