Kes curi wang pelanggan: Bank perlu perkemas SOP
Iklan
SHAH ALAM - Pihak pengurusan bank perlu mengambil beberapa langkah penting untuk memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang kejadian kehilangan wang dari akaun simpanan pelanggan bank.
Pakar kriminologi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Zalmizy Hussin berkata, kes mencuri wang dalam simpanan tetap pelanggan yang didalangi pegawai bank merupakan satu ancaman serius terhadap integriti institusi perbankan.