Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar

Iklan
Keadaan kebakaran di medan selera Taman Lembah Keramat, di sini, pada Sabtu.

AMPANG - Lapan gerai di medan selera Taman Lembah Keramat, di sini, musnah dalam kebakaran pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.49 pagi

Iklan
Iklan

"Seramai 18 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang serta bantuan dari BBP Pandan dan Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran di medan selera Taman Lembah Keramat, di sini, pada Sabtu.
Iklan

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.

Iklan

"Kejadian itu tidak melibatkan mangsa, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.