Bergson akui makin serasi dengan Morales

Iklan
Bergson ketika cuba melepasi kawalan pemain pertahanan TFC pada perlawanan berkenaan. Foto Facebook Johor Southern Tigers

PENYERANG import Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva menyifatkan gandingannya bersama Romel Morales semakin serasi dalam beberapa perlawanan sejak kebelakangan ini.

Pemain berusia 33 tahun itu turut menyifatkan kehadiran Morales memberikan lebih banyak pilihan bagi menggalas tanggungjawab selaku penggempur skuad Harimau Selatan itu.

Iklan
Iklan

"Ya, ia sesuatu yang baik dan kami pernah beraksi bersama dalam dua tiga perlawanan perlawanan sebelum ini dan dia sememangnya seorang penyerang tulen.

"Bagi saya, dia juga seorang pemain yang pintar dan dia bukan sahaja gandingan yang baik dengan saya, tetapi juga dengan pemain-pemain penyerang lain,” katanya.

Iklan

Bergson berkata demikian pada sidang akhbar sejurus tamat aksi Liga Super berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Jumaat.

JDT menang 4-0, hasil jaringan Heberty Fernandes pada minit ke-6 sementara Bergson melakar hatrik pada minit ke-32, 64 dan satu gol lagi dijaringkannya pada masa kecederaan.

Iklan

Sementara itu, Bergson enggan terlalu memikirkan mengenai jumlah gol yang dijaringkannya setakat ini tetapi sebaliknya mahu melihat apa yang boleh dilakukannya lagi bagi membantu kejayaan skuad Harimau Selatan itu.

"Secara keseluruhannya, saya akui ia satu perasaan yang hebat apabila pasukan kita mencatat kejayaan, tetapi dalam masa sama ia juga merupakan satu cara bagaimana menyemarakkan lagi semangat bagi meraih kejayaan yang berterusan,” katanya.