Reruai MPOGCF, Perhilitan pamer haiwan liar diawet

Iklan
Beberapa pelajar yang mengunjungi reruai MPOGCF dan Perhilitan Selangor di Karnival Rakyat Karangkraf, hari ini teruja melihat kucing batu yang sudah diawet.

SHAH ALAM – Bagi melihat sendiri hidupan liar yang diawet, orang ramai boleh mengunjungi reruai Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) sepanjang tiga hari Karnival Rakyat Karangkraf berlangsung.

Haiwan liar yang diawet berkenaan dibawakan khas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Selangor yang merupakan rakan strategik kepada MPOCGF.

Iklan
Iklan

Teruja lihat kucing batu dan buaya yang diawet

Rata-rata pengunjung reruai MPOGCF dan Perhiitan Selangor teruja kerana berpeluang melihat secara lebih dekat beberapa spesis haiwan terancam yang telah diawet.

Iklan

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Indah, Rasidah Rashid berkata, kedatangannya ke Karnival Karangkraf kali ini membolehkannya melihat spesis kucing batu yang jarang ditemui dan hampir pupus.

"Ia dapat mewujudkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya pemuliharaan alam sekitar termasuk tugas penguatkuasaan yang dijalankan oleh Perhilitan bagi membanteras pemburuan haram spesis ini,” katanya.

Iklan

Orang ramai cuba meneka berat buah sawit di reruai MPOGCF.

Delisha Qairina Saiful, 12, pula pertama kali dapat melihat tengkorak buaya julung-julung dan buaya Caiman.

"Selama ini saya hanya mampu tengok spesis haiwan liar di televisyen dan gambar, hari ini saya dapat pegang sendiri haiwan ini,” katanya.

DELISHA QAIRINA

Menurutnya selain kulit dan tengkorak buaya, beliau juga berpeluang memegang gigi gajah, kepala kijang serta kura-kura katup

Bagi, Noraishah Damia Mohd Zaki,10, pula dia tidak melepaskan peluang menyertai kuiz teka berapa kilogram buah sawit yang turut menawarkan hadiah kepada pengunjung bertuah.

NORAISHAH DAMIA

"Saya juga cuba menjawab soalan kuiz yang dikemukakan, syukur dapat bawa balik cenderahati daripada MPOGCF,” katanya.