KDA FC kecewa tiga mata hampir dalam genggaman

Iklan
Hasbullah Abu Bakar (kiri) menjaringkan gol buat KDA FC pada minit ke-60 sebelum disamakan oleh Kuching City menerusi sepakan penalti Jordan Mintah pada minit ke-93. Foto KDA FC

PENGENDALI Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain mahu pemainnya lebih fokus dan berdisiplin pada penghujung perlawanan selepas gol lewat Kuching City FC yang berjaya mengikat pasukan itu 1-1 pada aksi Liga Super 2024-2025 pada malam Jumaat.

Menurutnya, tiga mata sudah hampir berada dalam genggaman Sang Kenari sebelum pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas pengadil perlawanan menyemak video bantuan pengadil (VAR).

Iklan
Iklan

"Kita tahu dengan keputusan ini agak kecewa kerana tiga mata berada dalam tangan kita namun pada penghujung perlawanan VAR telah memberikan sepakan penalti.

"Walaubagaimanapun, Alhamdulilah kita tetap memperolehi satu mata,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.

Iklan

Pada perlawanan tersebut KDA FC berjaya berada di hadapan menerusi Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-60 sebelum disamakan kedudukan 1-1 oleh Jordan Mintah menerusi sepakan penalti pada minit ke-93.

Jelas Nafuzi, mereka menerima keputusan tersebut dan mahu semua pemain terus kekal berdisiplin selagi wisel penamat tidak dibunyikan oleh pengadil.

Iklan

Ditanya situasi sama berlaku pada separuh akhir pertama Piala FA minggu lalu apabila gawang KDA FC turut bocor pada lewat permainan hasil jaringan Romel Morales yang menyaksikan Sang Kenari tewas 1-2 kepada JDT di Alor Setar, beliau mahu situasi tersebut diberikan perhatian oleh semua pemainnya pada perlawanan akan datang.

"Ini dua perlawanan dan situasi yang berbeza tapi dibolosi pada lewat perlawanan. Jadi selagi wisel penamat tidak ditiupkan kita kena betul-betul disiplin dan fokus,” ujarnya.

Tambahnya, pasukan pelawat juga akan memberikan segala-galanya pada penghujung perlawanan untuk mencari gol sekiranya mereka ketinggalan dan tekanan akan semakin dirasai oleh semua pemain yang berada di atas padang.