Wanita berkerusi roda kunjungi Karnival Karangkraf setiap tahun

Iklan
Roshayati Roslan bersama keluarga tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Karnival Rakyat Karangkraf. Foto Mohd Halim Abdul Wahid

SHAH ALAM - Meskipun tidak mampu berjalan akibat serangan strok, seorang wanita sanggup berkerusi roda mengunjungi Karnival Rakyat Karangkraf, di sini.

Roshayati Roslan berkata, dia sekeluarga tidak pernah ketinggalan untuk hadir memeriahkan karnival yang dianjurkan Karangkraf mahupun Sinar Harian.

Iklan
Iklan

"Saya, suami dan dua anak memang setiap tahun akan hadir ke sini," katanya pada Sabtu.

Kehadirannya pada jam 10 pagi disedari oleh jurugambar, Mohd Halim Abdul Wahid lantas menghadiahkan senyuman ketika potret mereka sekeluarga dirakam.

Iklan

Ditanya mengenai apakah yang mendorong dia sekeluarga untuk hadir saban tahun, Roshayati, 46, berkata, pembelajaran tidak hanya di bilik darjah semata-mata.

"Di sini juga banyak ilmu dan pembelajaran yang boleh diperoleh secara tidak langsung menerusi pameran, aktiviti dan sebagainya," katanya.

Iklan

Karnival Rakyat Karangkraf berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.

Berkonsepkan nostalgia, pelbagai aktiviti dan program yang boleh disertai pengunjung antaranya Sinarplus MakanFest, sukan rakyat, rumah hantu, jualan buku Karangkraf, Fiesta Kucing Tomkraf, jualan Rahmah dan sebagainya.

Selain itu, e-sijil kehadiran dan penyertaan disediakan untuk pelajar sekolah.