Taliban mengaku bertanggungjawab, AS nafi pesawat ditembak jatuh musuh

Iklan
AS mengesahkan pesawat Bombardier E11-A yang terhempas di wilayah Afghanistan itu milik mereka. - Foto Agensi

KABUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan tentera milik mereka terhempas di Afghanistan semalam.

Jurucakapnya, Kolonel Sonny Leggett berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas di wilayah Ghazni tersebut dan beliau turut menafikan pesawat Bombardier E-11A itu ditembak jatuh oleh musuh.

Iklan
Iklan

Terdahulu, pejuang Taliban di Afghanistan mengaku bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tentera milik AS tersebut.

Kenyataan itu turut disertakan bersama rakaman video dan gambar serpihan bangkai pesawat tersebut yang tertera USAF merujuk kepada Tentera Udara AS.

Iklan

Menurut Mujahid, kesemua penumpang termasuk beberapa pegawai kanan Agensi Perisikan Pusat (CIA) terbunuh dalam insiden tersebut.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jenis senjata yang digunakan Taliban untuk menembak jatuh pesawat terbabit.

Iklan

Gabenor Ghazni, Waheedullah Kalemzai dalam satu kenyataan juga memaklumkan kejadian pesawat terhempas di kawasan yang berada di bawah kawalan Taliban.

Jurucakap beliau menyatakan pesawat itu bukan milik syarikat penerbangan domestik dan kesemua penumpang bukan rakyat tempatan.

"Pesawat itu terbakar dan hanya tubuh dua juruterbang yang boleh dikenal pasti," ujarnya.