GRO menyorok dalam bilik rahsia, pelanggan cuba provokasi

Iklan
Antara GRO yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia di tujuh lokasi di Seremban, Negeri Sembilan dan Seri Kembangan, Selangor.

PUTRAJAYA - Seramai 82 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia di tujuh lokasi di Seremban, Negeri Sembilan dan Seri Kembangan, Selangor.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing susulan tangkapan 117 orang dalam satu operasi khas pada Rabu dan Khamis lalu.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, kita menahan 10 lelaki warga tempatan disyaki sebagai penjaga premis berusia 27 hingga 63 tahun.

"Kita turut menahan 48 wanita warga Vietnam, 34 wanita warga Indonesia dan tiga wanita warga Bangladesh," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Ruslin berkata, pihaknya menahan 18 lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki warga Vietnam dan seorang lelaki warga Nepal.

Antara GRO yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia di tujuh lokasi di Seremban, Negeri Sembilan dan Seri Kembangan, Selangor.

"Hasil semakan awal mendapati, sembilan wanita warga Vietnam, tujuh wanita warga Indonesia, dua lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Nepal yang ditahan memiliki Pas yang masih sah laku.

Iklan

"Seramai 14 wanita warga Vietnam, lima wanita warga Indonesia dan tiga lelaki warga Bangladesh didapati telah tinggal lebih masa, manakala warga asing lain yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya.

Beliau berkata, semasa serbuan dilakukan, wanita warga asing telah bersembunyi di bilik rahsia dan terdapat pelanggan warga asing serta warga tempatan cuba melakukan provokasi.

"Kita turut merampas satu unit telefon bimbit, satu unit tablet, 41 pasport dan wang tunai sebanyak RM7,055," katanya.

Antara GRO yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia di tujuh lokasi di Seremban, Negeri Sembilan dan Seri Kembangan, Selangor.

Ruslin berkata, modus operandi dua sindiket adalah menawarkan perkhidmatan urutan badan dan seks kepada warga tempatan dan warga asing.

"Pelanggan boleh memilih wanita berkenaan berdasarkan katalog kemudian membayar secara tunai atau dalam talian sebanyak RM400 hingga RM900 kepada penjaga premis.

Beliau berkata, kesemua warga asing ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Paspot 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

"Seramai 10 orang lelaki warga tempatan ditahan dibawah Seksyen 56(1)(d) dan Sek.55E Akta Imigresen 1959/63," katanya.