Pemain DACS Temerloh FC patah kaki ketika berdepan MPT FC

Iklan
Keadaan Ammar ketika sebelum dihantar ke hospital. Ammar dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. FB DACS Temerloh FC

[DIKEMAS KINI] SEORANG pemain bola sepak kelab amatur, DACS Temerloh FC patah kaki kiri ketika berdepan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) FC dalam saingan Liga Temerloh 2024 di padang Mentakab di sini pada Rabu lalu.

Dalam perlawanan tersebut, pemain sayap, Ammar Thaqif Ahmad Latif, 20, mengalami kecederaan itu selepas bertembung dengan pemain lawan pada minit ke-20.

Iklan
Iklan

Pengurus pasukan, Azizul Hakimi memberitahu, setakat ini pemain berkenaan masih menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

Keadaan kaki pemain sayap, Ammar yang patah kaki kiri dalam perlawanan pada 24 Julai lalu. Foto FB DACS Temerloh FC

Menurutnya, keadaan pemain itu semakin baik selepas berdepan trauma akibat kejadian tersebut.

Iklan

"Kita berharap adik Ammar segera sembuh sekali gus boleh beraksi semula dalam sukan bola sepak," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Ujarnya, kejadian tersebut juga diharap tidak berulang lagi dan semua pihak terlibat termasuk pemain lebih berhati-hati dan bersedia berdepan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Iklan
Suris (kanan) ketika mengunjungi dan menyerahkan sumbangan kepada Ammar.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MPT, Suris Mihat juga telah mengunjungi pemain terbabit di hospital dan menyerahkan sedikit sumbangan buat Ammar.

Jelas Azizul lagi, kelab itu juga akan membantu kebajikan pemain tersebut sebaik mungkin.

Kelab ini ditubuhkan pada 2017 dan memiliki 22 pemain berdaftar dan mendapat sentuhan pengendalinya, Mahyun Nufus Ismail.