Hasrat Johor lancar sekolah rintis disambut baik - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid tiba merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, pada Sabtu.

MERSING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik hasrat kerajaan Johor yang mahu melancarkan sekolah rintis Johor pada tahun depan.

Menurut beliau, inisiatif tersebut seharusnya mendapat dukungan daripada kerajaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Memang itu satu program yang bagus. Saya faham ia di bawah kerajaan negeri tetapi saya yakin ia satu program yang bagus.

"Seharusnya mendapat dukungan daripada kerajaan Pusat. Saya secara peribadi memberikan dukungan terhadap pelaksanaan skim pembelajaran ini," katanya.

Iklan

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran Facebooknya menyatakan kerajaan negeri berhasrat melancarkan sekolah rintis Johor bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.

Iklan

Jelas Onn Hafiz, langkah itu selari dengan titah Pemangku Sultan Johor, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti di negeri ini.