JUDOKA Iraq, Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris, Agensi Ujian Antarabangsa (ITA) mengumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
ITA menjelaskan bahawa Sajjad diuji positif menggunakan steroid terlarang, metandienone dan boldenone dalam ujian di luar pertandingan pada Selasa.