Karnival Rakyat Karangkraf terus dapat sambutan pengunjung

Iklan
Karnival Rakyat Karangkraf 2024 yang memasuki hari kedua meriah dengan kunjungan orang ramai sejak awal pagi Sabtu.

SHAH ALAM - Karnival Rakyat Karangkraf 2024 yang memasuki hari kedua terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengunjung.

Program yang berlangsung di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 itu dilihat meriah dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung yang datang pada Sabtu ini termasuk acara Simfoni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sukaneka Kampung (SK), Hari Kantin & MakanFest, Busana Tradisional Cilik, Persembahan Deklamasi Puisi Penyair, Demo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SinarPlus Mencari Siti.

Iklan
Iklan

Lebih menarik lagi, pengunjung yang datang ke Karnival Rakyat Karangkraf 2024 berkemungkinan bakal pulang dengan membawa hadiah-hadiah istimewa menerusi aktiviti cabutan bertuah atau permainan interaktif yang disediakan di reruai-reruai program termasuk Sinar Harian, Bank Rakyat, dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan lain-lain.

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 yang bermula sejak Jumaat itu, mengembalikan nostalgia zaman dahulu menerusi tema tradisional dan kerakyatan membabitkan dua komponen utama iaitu sukan rakyat dan pentas rakyat.

Iklan

Program dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-18 Sinar Harian itu kini sedang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 7 malam sehingga Ahad ini.

Karnival tersebut turut memberikan peluang kepada pengunjung bagi memenangi motosikal dan pakej umrah dalam sesi cabutan bertuah.

Iklan