Pandangan Ku Li perlu dihormati - Ahmad Zahid

Iklan
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim pada Sabtu. Foto Bernama

MERSING - UMNO menghormati pandangan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mengenai DAP yang tidak perlu hadir berkempen di Nenggiri menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 17 Ogos depan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pandangan tersebut mempunyai asas kerana Ku Li merupakan ahli politik veteran dan telah berada lama di Parlimen Gua Musang.

Iklan
Iklan

"Kita menghormati pandangan Ku Li yang berpendapat bahawa jika ada parti-parti politik dalam komponen yang berhasrat untuk membantu PRK Nenggiri supaya tidak datang untuk membantu kerana jumlah pengundian sesuatu etnik itu kecil.

"Maka pandangan itu harus disantuni dengan tidak berhasrat untuk menggores perasaan mana-mana parti politik yang berhasrat untuk membantu," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan Ku Li meminta DAP tidak perlu hadir berkempen di Nenggiri menjelang PRK di Kelantan.

Iklan

Razaleigh berkata tidak ada sebab untuk pemimpin parti majoriti Cina itu untuk turun berkempen di kawasan yang 100 peratus Melayu.