Asrama pekerja asing musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja memadamkan api.

NIBONG TEBAL - Asrama pekerja warga asing di Jalan Kerian Kedah-Taman Jawi Indah di sini musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada pada Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, kejadian yang berlaku jam 11.21 pagi itu mengakibatkan hampir keseluruhan struktur bangunan itu hangus.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, ketika kejadian kesemua 20 orang penghuni asrama telah keluar dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

"Sebaik mendapat laporan berkenaan kejadian, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal terus ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi memadamkan kebakaran.

Iklan

"Rumah asrama pekerja (Kelas B) dengan anggaran keluasan 40 x 100 kaki persigi itu musnah 80 peratus dan berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan bantuan beberapa pasukan bomba sukarela berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Katanya, punca kebakaran masih lagi disiasat oleh pegawai forensik kebakaran.

Iklan