WHOOSH pendekkan masa perjalanan

Iklan
Replika WHOOSH yang dipamerkan di salah satu stesen kereta api berkenaan.

JAKARTA - Berkelajuan maksimum 350 kilometer sejam menjadikan kereta api Waktu Hemat Operasi Optimal Sistem Hebat (WHOOSH) antara yang terpantas di Asia Tenggara.

WHOOSH atau juga dikenali sebagai Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) mula beroperasi secara rasmi sejak Oktober tahun lalu berjaya memendekkan masa perjalanan antara ibu kota Jakarta dan bandar metropolitan Bandung di wilayah Jawa Barat kepada kira-kira 30 minit berbanding tiga jam menggunakan laluan biasa.

Iklan
Iklan

Pengarah Komunikasi Korporat KCIC, Emir Monti berkata, biarpun mengambil masa lima tahun pembinaan akibat isu pengambilan tanah dan pandemik namun penantian itu berbaloi kerana telah merancakkan pertumbuhan ekonomi khususnya sektor pelancongan ke negara itu.

Menurutnya, sebanyak 28 peratus penumpang terdiri daripada pengguna kenderaan yang beralih arah menggunakan WHOOSH bagi memudahkan urusan di mana keseluruhannya terdiri dalam kalangan VIP, pemimpin kerajaan, korporat, ahli perniagaan dan artis.

Terdapat empat stesen antaranya Halim, Karawang, Padalarang dan Tegalluar.

Iklan

"Bagi mereka, wang bukan masalah sebaliknya masa lebih diutamakan kerana laluan ini memendekkan jarak

"Setakat ini penumpang yang menggunakan perkhidmatan WHOOSH telah mencecah satu juta orang dalam tempoh dua bulan percubaan dan dari Oktober hingga Jun, jumlah pengguna mencapai 3.5 juta orang," katanya.

Perjalanan sebelum ini mengambil masa kira-kira tiga jam dipendekkan dengan adanya WHOOSH merentasi Jakarta dan Bandung.

Iklan

Katanya, pembinaan laluan WHOOSH melibatkan jarak sepanjang 142.3 kilometer laluan rel berkelajuan tinggi diselia syarikat usaha sama KCIC dan melalui empat stesen antaranya Halim, Karawang, Padalarang dan Tegalluar.

"Ia mampu memuatkan 601 penumpang serta menawarkan tiga kelas gerabak iaitu ekonomi, bisnes dan kelas pertama dengan tiket ditawarkan antara RM46 hingga RM186," katanya.

Dengan adanya kemudahan itu beliau berkata, ia dijangka mampu meningkatkan sektor perindustrian dan ekonomi sekali gus menjadi tarikan baharu kepada aspek pelancongan negara.

Penumpang WHOOSH menikmati perjalanan kira-kira 30 minit dari Jakarta ke Bandung.

"Ia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi rantau ini dalam masa sama menghubungkan bandar-bandar seperti Kertajati, Solo dan Surabaya," katanya.

Tambahnya, sasaran penumpang WHOOSH sehari ialah 30,000 orang namun setakat ini sekitar 15,000 orang sehari berjaya dicapai.

"Bagi memenuhi sasaran itu kita perlu menunggu kesemua stesen dibuka pada tahun hadapan insya-ALLAH memandangkan kini hanya tiga daripadanya telah dibuka dan bersedia menerima penumpang," katanya.