Penembak China rangkul pingat emas pertama Olimpik Paris

Iklan
Huang Yuting dan Sheng Lihao di podium selepas memenangi emas acara 10m air rifle berpasukan campuran Paris 2024 di Pusat Menembak Kebangsaan Perancis, Chateauroux. Foto AFP

PENEMBAK China, Huang Yuting dan Sheng Lihao berada dalam kelas tersendiri apabila membutirkan pingat emas pertama dari pentas Sukan Olimpik Paris 2024 pada Sabtu.

Huang Yuting dan Sheng Lihao tampil cemerlang apabila menyingkirkan cabaran pasangan Korea Selatan, Keum Ji-hyeon dan Park Ha-jun dalam final acara 10m air rifle berpasukan campuran.

Iklan
Iklan

Gandingan China itu menjinakkan lawan tetangga Asia Timur tersebut dengan kemenangan 16-12 di pusat menembak kebangsaan Perancis, Chateauroux.

Huang Yuting (kiri) dan Sheng Lihao membutirkan emas pertama dari Paris 2024. Foto Agensi
Iklan

Sebagai rekod, Sheng Lihao meraih pingat perak dalam acara individu di Tokyo 2020 manakala bagi Huang Yuting ini penampilan sulung di pentas Olimpik.

Iklan

Penembak Kazakhstan Alexandra Le dan Islam Satpayev pula memenangi pingat meraih gangsa selepas menewaskan gandingan Jerman, Anna Janssen dan Maximilian Ulbrich.