Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan adik

Iklan
Mangsa hilang dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya dalam kejadian di Pantai Cenang, Langkawi. Foto hiasan

ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya daripada lemas dalam kejadian di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira jam 3.05 petang yang memaklumkan mangsa, Muhammad Izzham Hakimie Azizi, 15, dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya.

Iklan
Iklan

"Mangsa ke pantai itu pada jam 2 petang bersama-sama abang ipar, kakak dan adik perempuan serta lima lagi rakannya untuk menyambut hari lahir adiknya. Selepas sambutan itu, mangsa bersama adiknya dan dua rakan lelaki telah turun ke pantai untuk mandi.

"Kakak mangsa hanya menyedari kejadian selepas melihat dua mangsa terapung di tepi laut dan orang ramai cuba menyelamatkan mereka. Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan adiknya, bagaimanapun hilang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, tiga mangsa yang berjaya diselamatkan itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan berada dalam keadaan stabil di wad biasa.

"Operasi mencari dan menyelamat melibatkan enam pegawai dan 43 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya. - Bernama

Iklan