Remaja 16 tahun lemas ketika mandi bersama rakan

Iklan
Foto hiasan

JERTIH - Seorang remaja lelaki lemas di Sungai Besut di Kampung Pasir Badak, Hulu Besut dekat sini, petang tadi.

Muhammad Ikhwan Abdullah,16, yang berasal dari Felda Tenang di sini, dikatakan lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya kira-kira jam 4.15 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 4.40 petang.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan mayat Muhammad Ikhwan ditemukan penduduk kampung pada jam 4.30 petang di kawasan berdekatan dengan lokasi kejadian.

Iklan

"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan malam ini. - Bernama

Iklan