Jual MAHB belum pasti

Iklan
Menurut sumber-sumber yang menganalisis operasi MAHB, jika dicongakkan perangkaan semasa dan potensi 45 tahun akan datang, nilai MAHB boleh mencapai RM35 bilion.

NAMPAKNYA strategi BlackRock Incorporated dan anak syarikat milik penuhnya, Global Infra-structure Partners Incorporated (GIP) cukup mengena.

Dalam mereka cergas melaksanakan pembelian 25 peratus saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), satu lagi komponen pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dimeterai.

Menurut Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang, ia dianggarkan menelan belanja RM3.7 bilion. Selain GIP-BlackRock, rombakan pemilikan MAHB melibatkan Khazanah Nasional Berhad dengan 40 peratus saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (30 peratus) dan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (lima peratus).

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.