Wanita bawa anjing ke pasar raya, lihat tindakan pengurusan ini

Iklan
Paparan Twitter berkenaan menarik perhatian netizen.

JOHOR BAHRU - Tindakan pihak pengurusan sebuah pasar raya menghalang seorang wanita membawa anjing peliharaannya ke dalam premis itu menggunakan troli mendapat pujian netizen.

Melalui perkongsian Twitter Nannaz17, kejadian itu berlaku di Tebrau dan pengunjung sempat merakam aksi wanita tersebut yang mengendong anjing sebelum dilarang memasuki pasar raya tersebut.

Iklan
Iklan

"Baru berlaku di Tesco Tebrau. Sudah bawa anjing di Tesco, bila orang suruh keluar dengan cara baik, dia mengamuk depan kaunter. Bila minta troli untuk diasingkan, dia mengamuk lagi," katanya

Kata Nannaz17, wanita itu kelihatan berang namun akur dan membawa anjing tersebut keluar dari pasar raya berkenaan.

Iklan

Netizen juga mengecam tindakan wanita terbabit yang dianggap tidak sensitif.

Bagaimanapun mereka juga memuji tindakan pihak Tesco dilihat lebih tegas menangani perkara seperti ini dan berharap tidak berlaku di masa akan datang.

Iklan

"Tahniah! anda lakukan terbaik. Harap perkara ini jelas kerana ia menimbulkan rasa tidak senang pengguna Muslim yang sering berkunjung ke pasar raya berkenaan," kata Aliah.

Kata Imran,"Tiada rasa hormat, kita tak salahkan anjing, kita tak benci anjing tapi tolong pemilik anjing ada perasaan hormat kepada bangsa lain. Baru duduk Malaysia ke? Tak tahu Malaysia ini pelbagai bangsa, kami gembira berada dalam negara harmoni."

"Susah juga hidup dengan manusia yang tak reti nak bermasyarakat ni, tau diri sendiri je betul. Sudah tau majoriti kat Malaysia ni orang Islam, tentu tak sesuai bawa binatang di tempat awam (pasar raya). Fikir la orang lain," kata Amirul.

Sehingga kini entri bergambar tersebut mendapat 5,400 perkongsian dan 3,600 tanda suka daripada netizen.