Perhatikan juga novel dan cerpen
Iklan
SUASANA sastera Melayu kini banyak terarah kepada kegiatan puisi dan genre sajak. Tidak siapa dapat menafikannya melalui pelbagai aktiviti yang tertumpu kepada penulisan puisi, bacaan puisi dan pelbagai pesta puisi, sama ada berbentuk nasional atau antarabangsa.
Kuala Lumpur meriah dengan pelbagai warna-warni puisi. Tidak ada siapa yang mencemburuinya. Justeru, ia adalah sebuah penanda kehidupan sastera yang dinamik. Kuala Lumpur diharapkan menjadi Paris di Perancis dan Saint Petersburg di Rusia sebagai kota sastera.