Tradisi dan drama politik di AS
Iklan
JAWATAN presiden adalah kedudukan tertinggi dalam cabang eksekutif Amerika Syarikat (AS). Oleh kerana status negara itu adalah sebuah kuasa besar, maka penyandangnya dianggap pemimpin paling berkuasa di dunia.
Beliau akan memainkan peranan utama dalam menentukan dasar luar AS di merata dunia, menggunakan kekuatan ekonomi dan ketenteraan dimiliki untuk mengajar negara-negara lain tentang nilai-nilai teras AS atas nama antara lain, demokrasi, kebebasan, keadilan dan hak asasi manusia.