Fomca sambut baik usaha KPDN perangi kegiatan kartel
Iklan
SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menyambut baik tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memerangi kegiatan kartel di negara ini.
Presidennya, Datuk Dr N Marimuthu berkata, bagaimanapun pihaknya turut mencadangkan supaya pihak berkenaan melakukan pindaan terhadap akta sedia ada dalam menguatkan lagi penguatkuasaan dalam memerangi kegiatan kartel ini.