Angka kematian di Gujarat akibat jangkitan disyaki virus Chandipura meningkat

Iklan
Angka kematian akibat jangkitan disyaki virus Chandipura meningkat kepada 48 orang.

NEW DELHI - Pegawai kesihatan di negeri Gujarat, barat India pada Sabtu berkata bahawa angka kematian akibat jangkitan disyaki virus Chandipura meningkat kepada 48 orang.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat peningkatan kes virus Chandipura di negeri itu.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, 48 orang telah meninggal dunia akibat Sindrom Ensefalitis Akut di Gujarat sepanjang bulan lalu, dengan majoriti kes disyaki berpunca daripada wabak virus Chandipura," kata seorang pegawai kesihatan.

Menurut Menteri Kesihatan Gujarat, Rushikesh Patel, sejumlah 133 kes virus Chandipura telah direkodkan di negeri itu.

Iklan

Kementerian Kesihatan Persekutuan India berkata, Sindrom Ensefalitis Akut adalah kumpulan manifestasi neurologi yang serupa secara klinikal yang disebabkan oleh beberapa virus, bakteria, kulat, parasit, spiroket, bahan kimia/toksin yang berbeza. - Bernama-Xinhua

Iklan