TUAN rumah Perancis meraih emas pertama mereka pada Sukan Olimpik Paris selepas menang 28-7 dalam final ragbi tujuh sebelah menentang Fiji.
Perancis pada awalnya ketinggalan dan perlawanan terikat 7-7 pada separuh masa pertama sebelum Antonie Dupont masuk dan menjaringkan dua try untuk membantu tuan rumah Olimpik melengkapkan kebangkitan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemain Fiji Joseva Talacolo ketika mengasak pemain Australia dalam acara Ragbi 7 sebelah pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Stade De France. Foto Bernama