101 tan sampah dikutip libatkan 50 pantai Terengganu

Iklan
Seramai 350 peserta menyertai program CSR Wira Kesuma di Pantai Angin Berbisik di sini pada Sabtu. Gambar kecil: Zulkefli

MARANG - Sebanyak 101 tan sampah berjaya dikutip di kawasan-kawasan tumpuan pengunjung melibatkan 50 pantai di Terengganu termasuk kawasan pulau.

Pengerusi Geng Plastik Ija (GPI), Zulkefli Sarji berkata, kesemua sampah itu terdiri daripada sampah ringan yang dihanyutkan air ketika musim monsun serta yang dibuang oleh pengunjung di sekitar kawasan pantai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil kutipan itu diperoleh sepanjang tempoh lima tahun sejak 2019.

Sampah yang terkumpul itu akan dilupuskan serta dihantar untuk proses kitar semula.

"Sepanjang tempoh itu kita telah melaksanakan sebanyak 512 program kutipan sampah di mana tertumpu di seluruh Terengganu iaitu dari Kemaman sehingga ke Besut.

Iklan

"Terdapat juga beberapa pantai yang kita buat kutipan sebanyak dua, tiga kali di kawasan sama kerana masih terdapat sampah-sarap sama ada yang di tinggalkan atau yang dibawa air ke situ," katanya ketika ditemui Sinar Harian sempena program CSR Wira Kesuma di Pantai Angin Berbisik di sini pada Sabtu.

Dianggarkan sebanyak 700 hingga 800 kilogram sampah berjaya dikutip dalam program berkenaan.

Beliau berkata, program kali ke 91 pada tahun ini disertai seramai 350 peserta terdiri daripada pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang, pelajar dan guru sekolah.

Iklan

Ujar beliau, sampah yang terkumpul itu akan dilupuskan serta dihantar untuk proses kitar semula.

"Semua sampah-sampah yang kita kutip ini merupakan sampah bawaan air ketika musim monsun sebelum ini.

"Kita anggarkan sebanyak 700 hingga 800 kilogram sampah berjaya dikutip hari ini melibatkan botol plastik, polisterin, botol kaca, pukat-pukat yang dibuang dan pelbagai jenis sampah lain," ujarnya.