Karnival Rakyat Karangkraf: Pelbagai hadiah menanti buat pengunjung bertuah

Iklan
Orang ramai mula memasuki pekarangan Kumpulan Karangkraf seawal jam 8 pagi.

SHAH ALAM - Orang ramai masih berpeluang memenangi pelbagai jenis hadiah termasuk cabutan hadiah utama berupa motosikal pada hari terakhir Karnival Rakyat Karangkraf, hari ini.

Tinjauan Sinar Harian pada pagi Ahad mendapati orang ramai sudah mula memasuki ke pekarangan Kumpulan Karangkraf di Seksyen 15, di sini seawal jam 8 pagi.

Iklan
Iklan

Rata-rata yang hadir adalah pelajar sekolah dan guru-guru pengiring yang menyertai pertandingan seni tari peringkat sekolah rendah dan menengah.

Pelbagai acara dan aktiviti tersedia di reruai pempamer yang menawarkan hadiah agar pengunjung tidak pulang dengan tangan kosong.

Iklan

Untuk memenangi hadiah utama, pengunjung perlu berbelanja RM100 ke atas sebarang pembelian produk keluaran Karangkraf.

Selain itu, jangan lupa untuk berkunjung ke reruai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menebus TNG eWallet bernilai RM20.

Iklan