54 ahli Rumah Ngaji imbau kenangan alam persekolahan

Iklan
54 peserta Rumah Ngaji Pertubuhan Halaqah Mukminah mengenakan pakaian sekolah bagi mengimbau kenangan persekolahan yang lama ditinggalkan.

KAMPAR - Seramai 54 peserta Rumah Ngaji Pertubuhan Halaqah Mukminah di sini memilih memakai seragam sekolah bagi mengimbau kembali kenangan yang telah lama ditinggalkan.

Pengerusinya, Rashidah Mat Ali berkata, tema itu dipilih bagi mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli disamping aktiviti menyemarakkan majlis ilmu yang saban minggu dilaksanakan.

Iklan
Iklan

"Selepas 15 tahun pertubuhan kami diwujudkan, inilah pertama kali majlis seumpama ini diadakan bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli.

Rumah Ngaji Pertubuhan Halaqah Mukminah Kampar buat pertama kali menganjurkan Majlis Mengimbau Kenangan di Zaman Persekolahan bagi mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli.

"Lebih tiga dekad meninggalkan alam persekolahan, majlis ini sudah tentu dapat mengimbau kenangan dalam kalangan ahli berusia 40 hingga 80 tahun dengan menyarung kembali seragam biru putih," katanya.

Iklan

Majlis Mengimbau Kenangan di Zaman Persekolahan itu turut diserikan dengan kehadiran Penasihat Rumah Ngaji Perak, Datuk Normah Hanum Ibrahim dan bekas Exco Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Majlis Mengimbau Kenangan di Zaman Persekolahan anjuran Rumah Ngaji Pertubuhan Halaqah Mukminah Kampar turut diserikan dengan kehadiran Normah Hanum (tiga dari kiri).

Menurutnya, pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk persembahan koir, sajak, syair dan nyanyian kumpulan nasyid.

Iklan

"Rumah Ngaji merupakan platform untuk mempelajari dan menguasai bacaan al-Quran serta mempraktikkan ilmu yang dipelajari," katanya.