Rakaman audio: Ramai lagi individu akan dipanggil - KPN

Iklan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (kanan) ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Video Korporat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Maktab PDRM Cheras hari ini. Turut hadir Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Lebih ramai individu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam siasatan berhubung kes pendedahan sembilan rakaman audio oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis memanggil Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim semalam untuk memberi keterangan

Iklan
Iklan

"Mengenai keaslian pemilik suara rakaman audio, kita memerlukan masa untuk menyiasat dan mengenal pasti kesemua rakaman suara berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran video korporat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik suara rakaman audio diketahui selewat-lewatnya minggu depan

Iklan

Pada 8 Januari lepas, SPRM mendedahkan satu rakaman audio perbualan yang didakwa melibatkan kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.

Klip audio itu dipercayai perbualan yang melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

Iklan

Pada 16 Januari lepas sepasukan polis berada di ibu pejabat SPRM dipercayai bagi mengambil keterangan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya bagi membantu siasatan berhubung rakaman perbualan yang didedahkan suruhanjaya itu. - Bernama