Pan-gon dilantik pengendali baharu Ulsan HD

Iklan
Pan-gon. Foto fail Bernama

BEKAS pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menamatkan teka teki mengenai hala tujunya apabila dilantik menjadi ketua jurulatih kelab Korea Selatan, Ulsan HD FC.

Perkara itu diumumkan kelab itu menerusi hantaran di laman sosial mereka pada Ahad selepas berjaya mendapatkan Pan-gon yang merupakan individu penting ketika memacu Harimau Malaya dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Menurut Pan-gon, beliau mengetahui tekanan dan jangkaan tinggi yang akan dihadapinya membimbing kelab terkemuka Korea itu.

"Buat pertama kali saya menjadi pengendali di Liga Korea Selatan. Saya tahu tekanan dan jangkaan tinggi bergerak seiring.

Iklan

"Saya rasa seperti kembali dari perjalanan yang jauh, tetapi saya ingin menunjukkan kepada peminat bola sepak Korea permainan yang sangat matang," katanya.

Sebelum ini, Pan-gon membuat kejutan apabila melepaskan jawatan pengendali Harimau Malaya selepas membimbing pasukan itu sejak 2022.

Iklan

Pengendali berusia 56 tahun itu memberikan alasan peribadi sebagai sebab beliau meninggalkan skuad bola sepak negara walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Ulsan HD ketika ini berada di kedudukan keempat Liga K1 dan ujian pertama yang akan dihadapi Pan-gon pada 10 Ogos depan menentang Daegu FC.