Guna formula 'ABCDE' tawan semula kerusi pembangkang - Ahmad Maslan

Iklan
Ahmad Maslan (tengah) merasmikan simbolik perasmian sekaligus pelancaran Tabung Kasih UMNO Bahagian Jerantut

JERANTUT - Lima formula 'ABCDE' boleh digunakan untuk bahagian-bahagian UMNO yang kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, formula itu membabitkan aktiviti, berpadu, calon, data dan emosi.

Iklan
Iklan

"Saya telah memberikan formula yang dirumuskan iaitu ABCDE untuk bahagian Jerantut daripada 0-4 kepada 4-0 dalam PRU akan datang.

"Oleh itu ia juga boleh digunakan di bahagian-bahagian lain yang memerlukan tawan semula tempat-tempat yang kalah.

Iklan

"Jika kita boleh perincikan formula ini dan berharap ia boleh digunakan pakai dengan baik," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bentong Jerantut di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut di sini pada Ahad.

Iklan
Pewakilan tidak melepaskan peluang bergambar peluang dengan Ahmad Maslan (tengah).

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian tersebut, Haris Salleh Hamzah dan Timbalannya, Datuk Rozilan Salleh.

Ujarnya, formula itu membabitkan pelbagai aktiviti, jentera yang berpadu, calon sesuai, data hitam, putih dan kelabu serta pimpinan menjaga emosi rakyat supaya tidak terkilan, marah dengan sebarang dasar yang melibatkan mereka.

"Jadi itu penting kepada saya mengenai ABCDE di kawasan-kawasan yang kita ingin menangi," tambah beliau.

Sebahagian pewakilan yang hadir dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau yang yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut meminta semua negeri dan bahagian-bahagian angkat yang dipilih hadir memberikan sokongan pelancaran jentera sempena Pilihan Raya Negeri (PRK) Nenggiri pada Isnin oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya berharap agar pihak yang dipilih boleh datang ke Pejabat UMNO Bahagian Gua Musang pada jam 2.30 petang, lebih ramai lagi bagus.

"Kita berharap mereka menjadualkan kerja dan petugas-petugas terus masuk ke 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) terdiri sembilan kampung tradisi, lima kawasan org Asli, lima kawasan jagaan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan satu Felda yang telah dibahagikan kepada negeri dan bahagian angkat untuk dijaga oleh mereka," jelas beliau.

Katanya, PRK tersebut juga menjadi medan untuk menebus kekalahan yang dihadapi di Kemaman dan Sungai Bakap.

"Kita boleh menang di KKB (Kuala Kubu Bharu), tentu boleh menang di Nenggiri walaupun ia negeri mereka tapi Parlimen Gua Musang kubu kuat UMNO dan kita ingin kembalikan kekuatan ini," tambahnya.