SHAH ALAM - Orang ramai yang membuat tempahan motosikal baharu di reruai GT-Max Motors boleh menebus hadiah Givi Box bersaiz 32 liter bernilai lebih RM200 secara percuma sempena Karnival Rakyat Karangkraf di sini.
Eksekutif Korporat dan jualan onlinenya, Mohd Yusof berkata, Givi Box berkenaan hanya boleh dituntut jika sekiranya pembelian motosikal berjaya dibuat.
"Sekiranya pembeli memberikan dokumen lengkap, dalam masa dua atau tiga hari sudah boleh dapat keputusan sama ada permohonan pinjaman untuk pembelian motosikal lulus ataupun tidak,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau berkata pelbagai hadiah juga ditawarkan menerusi soal jawab kuiz dan pertandingan yang diadakan jika mengunjungi reruai GT-Max.
Malah pengunjung yang hadir juga dapat melihat dengan lebih dekat motosikal terbaharu keluaran Yamaha antaranya MT09, Y15, Y16, Avantiz dan R25.
"Selain itu, GT-Max juga membeli motosikal terpakai yang boleh di 'trade in' jika pemiliknya ingin membeli motosikal baharu,” katanya.
Untuk maklumat lanjut layari www.gtmax.com.my.http://www.gtmax.com.my