Haos Ek? tawar kelainan guna konsep 'rover truck'

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Haos Ek?, Anis Permin turut hadir bersama team ‘Rover Truck’ Haos Ek?

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar minuman tempatan, Haos Ek? menawarkan kelainan dengan membawa konsep 'rover truck’ sekali gus memberi keterujaan kepada pelanggan mereka.

Pengurus Jualan Lapangan Haos Ek?, Linda Ahmad berkata, sebelum ini Haos ek? hanya membuka reruai atau khemah setiap kali mengadakan jualan.

Iklan
Iklan

"Kali ini kami buat konsep berbeza dan ia merupakan kali pertama Haos Ek? menggunakan 'rover truck'. Jadi ramai peminat teruja mahu naik dan lihat apa yang kami bawa kepada mereka.

"Kami di kawasan lapang semua orang nampak jadi boleh menarik perhatian mereka yang datang," katanya.

Iklan
LINDA

Tambah Linda, pihaknya juga ingin menguar-uarkan kepada orang ramai agar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan eksklusif Haos Ek? seperti pelekat, Plushie Jo dan Haos Note Book.

Jelasnya, inisiatif itu diambil memandangkan generasi sekarang dilihat suka mengumpul barangan eksklusif.

Iklan

"Caranya sangat mudah, orang ramai yang datang ke Karnival Rakyat ini hanya perlu membuat hantaran di media sosial dan tag Haos Ek?

"Selain minuman yang biasa dijual seperti Classic Series, Mini Classic Series, SMOJO Series, Liberica Coffee Series dan O2 Alka, kami menawarkan minuman panas serta NgePao, produk makanan terbaharu Haos Ek? mereka juga boleh mendapatkan barangan eksklusif kami dengan pembelian combo.

"Jadi saya harap mereka tidak akan melepaskan peluang ini dan segera mengunjungi 'rover truck' di Karnival Rakyat," jelasnya.

Pengunjung mendapatkan produk Haos Ek? di rover truck.

Menurut Linda, produk Haos Ek? merupakan seratus peratus keluaran bumiputera yang menawarkan minuman tradisional dan kegemaran rakyat Malaysia yang sedia untuk diminum.

"Oleh itu, saya harap orang ramai dapat menyokong produk Malaysia dan membantunya agar dapat diperluaskan hingga peringkat antarabangsa," katanya.