Koronavirus: Jumlah pelancong tidak terjejas

Iklan
Mohamaddin (kanan) dan Dr Dzulkefly Ahmad semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas dan Sesi Taklimat berkaitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yakin Malaysia masih boleh mencapai sasaran jumlah ketibaan pelancong seramai 30 juta bagi Tahun Melawat Malaysia (VM2020) meskipun dengan perkembangan koronavirus yang sedang dialami di rantau itu dan pasaran pelancong yang terbesar adalah dari China.

Menteri berkenaan, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, beliau yakin jumlah sasaran itu boleh dicapai.

Iklan
Iklan

"Jangkitan koronavirus yang berlaku sekarang ini hanya untuk tempoh sementara dan jumlah pelancong akan kembali pulih selepas jangkitan Koronavirus berakhir, katanya pada sidang media selepas sesi taklimat bersama kementerian itu dan Kementerian Kesihatan di Putrajaya di sini, hari ini.

Koronavirus tidak memberi sebarang implikasi kepada ekonomi Malaysia setakat ini tetapi akan menjejaskan pertumbuhan negara sekiranya penularannya berterusan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus tidak beri implikasi ekonomi: Mohamed Azmin

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, masih belum ada keperluan untuk Malaysia menghentikan sementara aktiviti import eksport barangan dari China, terutamanya Wuhan dan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk menangani jangkitan tersebut dan memantaunya secara dekat.

Iklan

"Seperti yang berlaku dengan penyakit lain sebelum ini jika berterusan pasti akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana ini perkara serius yang perlu dipantau oleh agensi dan kementerian berkenaan. Kita akan ambil maklumat dan nasihat daripada mereka tentang apakah langkah seterusnya untuk diambil," katanya di sini.

Setakat ini, empat kes koronavirus telah dikesan di negara ini.- Bernama