Angka korban di Gaza meningkat kepada 39,324 dan 90,830 cedera

Iklan
Seorang budak lelaki berdiri di antara runtuhan hospital lapangan yang diserang tentera Israel di Deir al-Balah, tengah Semenanjung Gaza. Foto Xinhua

GAZA - Tentera Israel telah melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 66 warga Palestin terbunuh dan 241 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah korban warga Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 39,324 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 90,830 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Iklan
Iklan

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau berselerakan di jalan raya di seluruh kawasan konflik, kerana pasukan tenteta Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam. - Bernama

Iklan
Iklan